Rabu, 18 Mac 2015

D.A. R.I. H

D .  => Dadah
A .  => Arak
R .  => Rokok
I .   => Inhalan
H .  => HIV / AIDS

Dadah Dadah atau “drug” adalah bahan atau kimia yang amat merbahaya kepada individu yang menggunakannya kerana ia mengubah cara minda dan tubuh manusia berfungsi.

Menurut Kamus Dewan Melayu – Inggeris, makna perkataan “Drug” bermaksud ubat-ubatan. Walaupun demikian, untuk memberi takrif penyalahgunaan kepada “drug”, perkataan “use”, “misuse” atau “abuse” perlu digunakan bersama-sama dengan perkataan “drug”. Contohnya “drug abuse” atau “misuse of drug” yang membawa maksud penyalahgunaan dadah.
Dadah merupakan satu istilah khas yang merujuk kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal, mental dan emosi serta tingkah laku pengguna apabila digunakan. Akibat daripada kesan ini, seseorang yang menyalahgunakan dadah akan menjadi ketagih dan akan terus bergantung hidup kepadanya. Tanpa disedari, anda sendiri mungkin telah menggunakan beberapa jenis dadah dalam hidup anda.

Ubat-ubatan seperti “paracetamol ” dan “antibiotic” membantu menyembuhkan anda sekiranya anda tidak sihat.
Teh, kopi dan coklat juga mengandungi sejenis dadah rangsangan yang dikenali sebagai “caffeine”. Akan tetapi, dadah rangsangan seperti ini tidak mengakibatkan ketagihan yang bermasalah kepada individu, masyarakat dan negara. Oleh itu, penggunaan bahan minuman dan makanan ini tidak salah di sisi undang-undang.

Namun demikian, beberapa jenis dadah adalah dadah yang dilarang pengambilannya kerana dadah ini mengakibatkan ketagihan dan masalah-masalah kesihatan, sosial, ekonomi dan sebagainya. Oleh itu, Kerajaan Malaysia telah menyenaraikan dadah ini di dalam Akta Dadah Berbahaya 1952 untuk mengharamkan penanaman, pengeluaran, pengedaran, import, eksport, pemilikan dan penyalahgunaan dadah seumpana ini. 
anti dadah 2
Alkohol
Alkohol sinonim dengan arak atau minuman keras selalunya diminum ketika bersosial atau digunakan untuk mempertingkatkan “mood”
- Ia juga boleh mengakibatkan ketagihan jika selalu diminum
- Minuman beralkohol terdapat dalam pelbagai bentuk termasuk bir, wain, brandi dan wiski
Mitos dan realiti tentang kegunaan alkohol

MitosRealiti
  • Penggunaan alkohol membuat seseorang individu berasa seperti dewasa.
  • Remaja yang tidak mengambil alkohol adalah lebih matang dan dapat berfikir secara rasional. Mereka juga kurang bermasalah.
  • Alkohol memudahkan mereka mendapat ramai kawan dan diterima sebagai sebahagian dari kumpulan tersebut.
  • Rakan yang tidak mengambil alkohol boleh lebih dipercayai dan merupakan kawan yang sentiasa mengambil berat. Perhubungan antara kawan juga lebih sihat tanpa penggunaan alkohol.
  • Alkohol membuatkan seseorang itu nampak “cool” dan berjaya.
  • Alkohol mengakibatkan mabuk,yang mana ini jelas tidak “cool” dan juga merbahaya.
  • Alkohol menghilangkan rasa bosan dan memberi keseronokan.
  • Kegembiraan adalah lebih nikmat apabila seseorang itu mengambil bahagian dalam aktiviti sihat dan tidak mabuk. Kegembiraan di bawah pengaruh alkohol tidak bertahan lama dan mudah dilupakan.
  • Adalah lebih baik mengambil alkohol semasa remaja supaya anda boleh berhenti mengambilnya semasa dewasa ketika anda mempunyai lebih tanggungjawab.
  • Remaja juga mempunyai tanggungjawab yang penting. Malahan, Alkohol boleh mengakibatkan ketagihan hingga ke peringkat dewasa. Memulakan aktiviti sihat pada usia yang muda menjadikan seseorang itu lebih baik dan sihat apabila dewasa kelak.
  • Alkohol dapat membantu melepaskan anda dari permasalahan dalam hidup.
  • Menghilangkan masalah melalui penggunaan alkohol merupakan penyelesaian jangka pendek sahaja. Menggunakan alkohol sebagai cara untuk menangani masalah adalah tidak benar. Penggunaannya akan menimbulkan lebih banyak masalah dalam jangka pendek dan panjang.
Alkohol - Ubah 02 [Converted]
Rokok
Rokok dikenal pertama kali waktu di abad ke-18.
Pengemis di Seville mulai untuk memungut dari tanah sisa-sisa cerutu yang ditinggalkan oleh señoritos (pemuda-pemuda yang kaya), yang kemudian membungkus sisa tembakau dengan kertas dan mereka nyalakan.
Rokok pertama kali dihisap dapat dibuktikan dan dapat dilihat di tiga lukisan abad yang 18th oleh Francisco de Goya:
– La cometa (Layang-Layang)
– La merienda en el Manzanares (Tamasya oleh Manzanares sungai)
– El juego de la pelota a pala ( Peluru/Bola dan game pedal).
Penggunaan dari tembakau dalam bentuk rokok menjadi terus meningkat dan populer selama dan setelah Peperangan Crimean. Ini telah dibantu oleh pengembangan dari tembakau yang berkualitas untuk rokok. Selama Perang Dunia I dan II, rokok telah dijatah kepada tentara. Sepanjang pertengahan abad 20, kampanye kesehatan tentang efek yang kurang baik dari rokok dimulai dan secara luas dikenalkan dan teks peringatan kesehatan yang memperingatkan menjadi hal yang biasa pada paket rokok.
Amerika Serikat belum menerapkan label secara grafis peringatan pada rokok, yang mana hal tersebut merupakan suatu metoda efektif untuk mengkomunikasikan pada masyarakat akan bahaya dari rokok.
Canada dan Australia, bagaimanapun, mempunyai kedua-duanya naskah peringatan dan gambaran visuil grafis, di antaranya, dampak dari penggunaan tembakau dapat merusakkan tubuh.
rokok
Inhalan
Wap kimia yang boleh disedut menerusi pernafasan – menyebabkan kesan-kesan psikoaktif (mengubah minda).Orang ramai biasanya terdedah kepada inhalan namun ramai tidak menganggapnya sebagai dadah disebabkan  tujuan asalnya tidak begitu.
Inhalan terbahagi kepada 3 kumpulan utama :
i.   Sebatian organik yang meruap seperti gam, penyembur dan pelarut
ii.  Nitrit meruap seperti amil nitrit, butil nitrit dan sikloheksil nitrit
iii.Gas – gas ubat bius seperti nitrus oksida (gas ketawa)
mari mengenal penagih inhalan
HIV/AIDS
HIV (Virus Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit) merupakan virus yang memusnahkan sistem imunisasi badan menyebabkan pesakit terdedah kepada pelbagai jenis penyakit dan kanser. AIDS (Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit Akut yang Teruk) merupakan peringkat meruncing yang mana pesakit yang dijangkiti HIV mula menunjukkan jangkitan yang khusus atau sel-sel pertahanan badan turun sehingga 200/µl.
Virus terdapat dalam darah, semen, cecair badan, lelehan vagina dan susu ibu individu yang terkena jangkitan. Individu yang terkena jangkitan akan sentiasa membawa virus dan dapat memindahkan virus tersebut sepanjang hayat mereka. HIV boleh merebak melalui darah yang telah dijangkiti HIV dan cecair badan seperti ketika melakukan hubungan seks, berkongsi jarum suntikan sesama penagih dadah atau daripada ibu yang mengandung kepada anak yang dikandung (sebelum atau ketika kelahiran atau melalui susu ibu).
Virus tidak boleh merebak melalui sentuhan biasa seperti tinggal serumah, atau pun bekerja bersama pembawa HIV. Sejak AIDS dilaporkan pertama kali pada tahun 1986 sehingga tahun 2010, sejumlah 91,362 kes jangkitan HIV berlaku dan 16,352 AIDS kes berlaku di Malaysia.
Pencegahan-HIV-AIDS-Di-Indonesia
Sumber info : 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan